RIEM FISHING PARK adalah sebuah kolam pancing yang terdapat di Paloh 1 yang diusahakan oleh Encik Ibrahim Bin Ismail yang merupakan peneroka Kesedar Paloh 1. Beliau juga dibantu oleh dua orang pekerja juga merupakan penduduk tempatan. Ia ditubuhkan pada 2010 dengan 3 kolam pancing kecil dan pada 3 Jan 2013 ianya telah dijadikan satu kolam yang besar yang dapat memuatkan ikan kecil dan besar dengan anggaran 3 tan.
Kebanyakan pemancing adalah dari penduduk setempat, sekitar Gua Musang, sekitar Kota Bharu, Merapuh dan Kuala Lipis. Kemudahan untuk menyewa dan membeli peralatan memancing juga disediakan di samping menyediakan gerai minuman.
Aktiviti yang dijalankan di RIEM FISHING PARK:-
- Waktu pancing biasa bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 pagi setiap hari
- Jack pot diadakan setiap minggu (hari Jumaat) selama 3 jam bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan dikenakan sebanyak RM25.00 seorang.
- Pertandingan akan diadakan satu kali dalam sebulan.
Jenis ikan yang terdapat di RIEM FISHING PARK:-
- Ikan rohu
- Ikan tongsan
- Ikan patin
- Ikan bawal
- Ikan baung
Bagi perancangan masa depan, RIEM FISHING PARK ingin membina chalet,taman permainan untuk kemudahan mereka yang ingin bermalam di sana.
Sumber : En. Ibrahim Bin Ismail