|
Nama : Lepasan Sekolah Umur : 18- 20 Tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Kursus Intel ini dijalankan selama 4 bulan berturut-turut melibatkan 7 orang pserta setiap bulan bermula Disember 2016, Januari, Februari dan Mac 2017.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran keusahawanan dan ICT kepada pelajar lepasan sekolah sebagai pesrsediaan awal mereka untuk melangkah ke alam universiti atau pekerjaan.Ini kerana kebanyak peserta hanya mempunyai asas komputer sahaja dan kurang pendedahan tentang ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pihak Pusat Internet telah mengadakan Kursus Intel dan E-Basic selama seminggu setiap bulan bagi 1 kumpulan. Peserta diberikan pendedahan awal tentang keusahawanan melalui Kursus E-Basics. Selepas itu, peserta pula diberikan latihan secara praktikal menggunakan kemahiran Microsoft Office 2010. Pada awalnya peserta diberi penerangan tentang asas komputer dan internet yang melibatkan penggunaan emel. Kemudian peserta diberi latihan mencipta peta minda, kos permulaan dan pelan pemasaran menggunakan perisian Microsoft Office iaitu Microsoft Word, Excel dan Powerpoint.
Melalui latihan yang diberikan, peserta mendapat pelbagai kemahiran untuk dipraktikan pada masa hadapan. Peserta juga perlu membuat pembentangan hasil kerja yang dibuat bagi menguji kemahiran mereka. Ini juga dapat membantu mereka bagi berinteraksi dengan orang ramai.

