mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT Q1 2020 – Nur Hayati Bt Mohd Jaafar

IMG 3625

Latar belakang

Beliau merupakan antara peserta OKU dari Pertubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Paloh 3 (PPDK Paloh 3) yang aktif mengikuti kelas pembelajaran ict, aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet.Beliau akan hadir ke pusat internet sekali dalam setiap bulan bersama guru pengiring.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti program pembelajaran di Pusat Internet, beliau tidak pandai dan tiada pendedahan tentang komputer dan internet

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah belajar di Pusat Internet, peserta boleh menggunakan peralatan komputer seperti mouse bagi membuat latihan e-pembelajaran. Melalui latihan yang dijalankan, petugas dapat melihat tahap kemahiran peserta. Dari tidak tahu langsung  tentang ICT, peserta dapat mengaplikasikan dengan agak baik. Peserta menunjukkan maklumbalas yang positif dan bersemangat untuk terus belajar walaupun mereka ada kekurangan.Kebanyak peserta boleh latihan kendiri yang diberikan oleh petugas tanpa bantuan secara langsung dari petugas.Petugas dapat melihat peningkatan positif  peserta semasa poses pembelajaran dan amat berasa bangga melihat pelajar OKU mampu mengikut kelas seperti orang lain yang sempurna sifatnya.

   IMG 8294