mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q2 2017 – Kelas Asas Komputer (Microsoft Office)

intel1

 

Latar belakang

Kelas latihan ini diadakan bermula bulan Feb 2017 melibatkan seramai 5-6 orang peserta dan kelas dijalankan dalam lebih kurang 4 kali sebulan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran ICT kepada pelajar lepasan sekolah sebagai langkah persediaan awal mereka untuk melangkah ke alam universiti atau pekerjaan. Ini kerana kebanyakan kurang pengetahuan tentang ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pihak Pusat Internet telah mengadakan latihan komputer lebih kurang 4 kali sebulan bergantung kepada hari dan masa yang bersesuaian dengan peserta. Peserta diberikan pendedahan awal tentang asas internet dengan enjin carian dan mencipta email bagi memudahkan peserta membuat latihan atau tugasan seterusnya. Peserta diberi penerangan yang lebih mendalam berkenaan dengan perkakasan dan sistem operasi komputer.

Melalui latihan Microsoft Office yang dijalankan, peserta banyak diberi latihan secara kendiri bagi menguji pemahaman dan kemahiran mereka. Di samping itu juga, petugas memberi penerangan tentang e-kerajaan, e-pembelajaran dan e-dagang bagi menambah pengetahuan mereka.

Latihan komputer ini tamat pada Mei 2017 dan petugas mendapati peserta-peserta dapat mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dengan baik. Dan kebanyakan peserta mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan tanpa bantuan petugas.

     intel2    intel3