mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q3 2017 – Nerhaziah Bt Ab.llah

yah1

Latar belakang

Puan Nerhaziah, berusia 35 tahun dan telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai pembantu tadika di Paloh 3 dan telah berhenti kerja bagi menumpukan perhatian kepada keluarga. Namun dalam keadaan ekonomi sekarang, beliau berhasrat untuk mencari pekerjaan yang lebih baik dan beliau menyedari hakikat bahawa dunia sekarang adalah dunia ICT dan kebanyakkan majikan memerlukan pekerja yang mahir dalam bidang ICT walau hanya menjadi seorang kerani. Atas kesedaran itulah, beliau datang belajar komputer di Pusat Internet Kesedar Paloh 1.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti program pembelajaran di Pusat Internet, beliau hanya mengetahui asas komputer sahaja kerana sudah lama tidak mempraktikkan apa yang beliau pelajari zaman persekolahan dulu.Pada awal pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan untuk pembelajaran kerana tidak yakin.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah petugas menerangkan tentang perkakasan dan perisian komputer, beliau lebih memahami dan tidak lagi kekok. Petugas menunjuk ajar tentang asas komputer, internet dan Microsoft Office. Beliau datang belajar di Pusat Internet  Paloh 1 setiap hari pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Beliau seorang yang komited dan cepat belajar.dan juga sentiasa mempraktikkan latihan di rumah menggunakan netbook yang dipinjam di Pusat Internet.  Kini, beliau sudah mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan pada masa akan datang, beliau berazam untuk mengambil lagi sijil-sijil lain bagi meningkatkan kemahiran beliau. Diharap segala usaha dan pembelajaran beliau di pusat internet dapat dimanfaatkan pada masa hadapan bagi meneruskan kelansungan hidup.

    yah2     yah3