|
Nama : Mohd Sharul Aiman Bin Mohd Rafidi Umur : 17 Tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Beliau merupakan antara peserta OKU dari Pertubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Paloh 3 (PPDK Paloh 3) yang aktif mengikuti kelas pembelajaran ict, aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PEDi.Beliau akan hadir ke PEDi sekali dalam setiap bulan bersama guru pengiring.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti program pembelajaran di PEDi, beliau tidak pandai dan tiada pendedahan tentang komputer dan internet
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah belajar di PEDi, peserta boleh menggunakan peralatan komputer seperti mouse bagi membuat latihan e-pembelajaran. Melalui latihan yang dijalankan, petugas dapat melihat tahap kemahiran peserta. Dari tidak tahu langsung tentang ICT, peserta dapat mengaplikasikan dengan agak baik. Peserta menunjukkan maklumbalas yang positif dan bersemangat untuk terus belajar walaupun mereka ada kekurangan.Kebanyak peserta boleh latihan kendiri yang diberikan oleh petugas tanpa bantuan secara langsung dari petugas.Petugas dapat melihat peningkatan positif peserta semasa poses pembelajaran dan amat berasa bangga melihat pelajar OKU mampu mengikut kelas seperti orang lain yang sempurna sifatnya.

