mcmc
Kesihatan

Klinik Desa Paloh 1

klinik

Klinik Desa Paloh 1

 

Klinik Desa Paloh 1 merupakan salah satu kemudahan kesihatan yang terdapat di tanah Kesedar Paloh 1.Klinik desa ini bersebelah dengan Pusat Internet Kesedar Paloh 1 .Klinik ini mula beropersi pada tahun 1990. Ia terletak dalam jajahan Gua Musang dengan jarak 49 km, dan dari Kuala Krai 73 km. Mempunyai kawasan operasi seluas 4296.08 hektar persegi yang merangkumi 2 kawasan tanah rangcangan iaitu Kesedar Paloh 1 dan Paloh 2. Jumlah penduduk di bawah pengawasan Klinik Desa Paloh 1 seramai 4600 orang.

Klinik ini  diuruskan oleh  dua orang jururawat masyarakat iaitu :

       I.            Jm Hafaizal Binti Musa

    II.            Jm Suhaimas Binti Hassan   

JADUAL RAWATAN

Hari

Masa

Ahad – Rabu

8.00 a.m – 1.00 p.m  & 2.00 p.m – 5.00 p.m

Khamis

8.00 a.m – 1.00 p.m  & 2.00 p.m – 3.30 p.m

Jumaat – Sabtu dan Cuti Umum

Tutup

Perkhidmatan Yang Disediakan

v  Klinik ibu mengandung

v  Klinik kanak-kanak

v  Kes bersalin di rumah

v  Post natal di rumah

v  Menjalankan klinik postnatal

v  Perkhidmatan perancangan keluarga

v  Memberi pendidikan kesihatan dan makanan

v  Menjalankan klinik integriti

v  Rawatan di klinik untuk suntikan dan ubatan tibi bagi pesakit dalam kawasan jagaan.

v  Membantu, mengesan, melapor, merujuk dan membuat lawatan tindakan susul kes kanak-kanak, keperluan asas, warga tua dan rawatan tibi.

v  Mengambil cord blood untuk G6CD bagi bayi baru lahir.

 Sumber : Jm Suhaimas Binti Hassan