mcmc
Keusahawanan

KEUSAHAWANAN

Produk IKS (Sos Cili, Sos Pencicah dan Minyak Kelapa Dara)

Bermula tahun 2003, Puan Siti Rohani bt Shayed Husin bersama suaminya, Che Min telah mula berjinak-jinak dengan perniagaan membuat sos cili dan sos pencicah secra kecil-kecilan.  Beliau menggunakan modal sendiri untuk menubuhkan bengkel dan membeli peralatan membuat sos, seterusnya menubuhkan sebuah syarikat kecil iaitu SR Ikhwah Enterprise.

Puan Siti Rohani yang juga dikenali sebagai Kak Nab mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian untuk meluaskan lagi bengkel pembuatan sos cili beliau. Malah beliau turut menyertai pertandingan sos cili peringkat Negeri Kelantan sempena Hari Keputeraan Kelantan tahun 2007, dan mendapat tempat ketiga. Hasil daripada pertandingan tersebut beliau mendapat bantuan pihak pertanian bagi memajukan lagi perniagaannya.

Kak Nab juga telah banyak mengikuti kursus-kursus anjuran pihak Kesedar dan Pertanian bagi meningkatkan mutu pembuatan sos cili dan sos pencicah. Melalui pameran-pameran produk IKS yang disertai, secara tidak langsung beliau dapat memperkenalkan jenama produknya iaitu Rohanie’s.

Produk Rohanie’s mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk di sekitar Gua Musang dan Kuala Krai, malah beliau menghantar sendiri pesanan daripada pelanggan.  Selain  produk sos cili dan sos pencicah, beliau juga telah mengeluarkan produk Minyak Kelapa Dara.

Sumber : Puan Siti Rohani binti Shayed Husin