USAHAWAN : Pakaian – Tudung Shiffon By #Yaira Scarf
|
Nama : Amanina Bt Rahim Umur : 21 Tahun Ahli : 2013 |
Latar belakang
Adik Amanina Bt Rahim merupakan seorang pelajar IPT dan menjalankan perniagaan secara sampingan bagi menambahkan pendapatan. Beliau mula sebagai dropship tahun 2018 tanpa modal. Diangkat menjadi agen selepas beberapa bulan memulakkan perniagaan ini. Beliau juga mendapat ilmu pemasaran tanpa modal dari leader.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau hanya menjual tudung hanya kenalan terdekat dan keluarga.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas beliau datang menggunakan perkhidmatan pusat internet dan mengikuti kelas asas keusahawanan dan mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Pusat Internet,beliau banyak mempromosikan produk beliau di media sosial terutamanya Facebook. Instagram dan Whatapps. Beliau juga mendapat banyak permintaan apabila produk beliau dipromosikan di media sosial, bagi beliau, media sosial banyak memberi impak positif ke atas perniagaan beliau.Beliau juga menjadi ejen bagi produk tudung dan berhasil menambahkan pendapatan sampingan melalui promosi yang dijalankan secara atas talian.


