USAHAWAN : MENJUAL PRODUK KESIHATAN IAITU MINYAK TAJRID
|
Nama : Khairiah Bt Mokhtar Umur : 34 Tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Puan Khairiah Bt Mokhtar merupakan seorang surirumah yang juga menjahit baju dan menjalankan perniagaan atas talian secara dropship.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau hanya datang ke pusat internet menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti fotostat dan pembayaran bil.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mendaftar menjadi ahli pusat internet, beliau mula belajar komputer secara tidak langsung kerana kekangan masa dan anak kecil yang memerlukan perhatian serta beliau juga mengambil upah menjahit baju di rumah . Beliau juga belajar cara menggunakan perbankan internet bagi memudahkan beiau membuat dan melihat transaksi dari pelanggan tanpa perlu ke bank.
Sosial media banyak membantu dalam mempromosikan produk dan meningkatkan lagi nilai jualan beliau. Beliau banyak mempromosikan produk beliau melalui facebook dan whatsapp. Dan produk beliau mendapat banyak sambutan yang baik.

