Masjid Mukim Paloh 1 & 2 (Masjid Ar Rahman Wa Ridzuan)
Latar Belakang
Binaan
Masjid ini tidak mempunyai menara dan tiada kubah. Mempunyai bumbung yang dinamakan ‘perabung lima’. Dalam ruang solatnya mempunyai tiang yang berkayu serta mempunyai permaidani yang berwarna biru.
Kemudahan
Kemudahan yang dimiliki oleh masjid ini ialah mempunyai meja bulat dan dewan serbaguna untuk kemudahan jemaah dan pengunjung masjid. Ia juga mempunyai perpustakaan yang terletak di kanan pintu masjid dan dilengkapi pejabat sebagai tempat mengurus semua aktiviti masjid. Bilik imam juga diwujudkan disamping binaan laluan pejalan kaki berbumbung dari bilik wuduk dan tandas ke ruang solat untuk keselesaan masyarakat.
Keistimewaan
Masjid ini akan mengadakan bacaan yasin secara beramai pada malam jumaat dan akan menjemput para hafiz untuk menjadi imam bagi solat terawih pada bulan ramadhan al-mubarak. Tambahan lagi ,masjid ini dijadikan tempat kem kecemerlangan solat untuk anak -anak peneroka di sekitar Paloh 1& 2.
Maklumat Lanjut
No Daftar: MY-03-GM-00033
Nama Masjid: MASJID MUKIM PALOH 1 & 2
Alamat: DAERAH CHIKU, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN.
Maklumat Imam
Abdullah B. Seman
sumber: http://ii.islam.gov.my/mosque/detailed.php?id=3103
