Tabika Al-Aini, Paloh 1
Tadika Al-Aini Paloh 1 mula dibina pada 1 Januari 1987, dengan keluasan tapak bangunan 1,067 meter persegi iaitu 33’ x 40’. Tadika ini dibina sendiri oleh KESEDAR di atas tanah milik mereka yang beralamat di No. Lot 305. Pada Mei 2000, bangunan tersebut dibaikpulih oleh KEMAS dan dilengkapi dengan segala kemudahan asas termasuk tandas, air, eletrik dan pagar.
Tadika ini mula beroperasi setelah pihak JKKR Paloh 1 mengambil Pn. Wan Robiah sebagai guru. Kemudian pihak KEMAS mengambil alih dengan menghantar wakil dari Pemaju Masyarakat KEMAS iaitu Pn. Sapura bt. Mat Yusoff yang mula mengajar di tadika tersebut pada tahun 1992 sehingga 2011. Kini tugas tersebut telah diambil alih oleh Cik Nurul Izati Mohamad dan dibantu oleh Puan Normah Mohd Nor.
Pada tahun 2000, tabika ini telah berpindah ke tempat baru yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Operasi Paloh 2 dengan bangunan yang lebih luas dan selesa. Kebanyakan kanak-kanak yang belajar di Tadika ini terdiri daripada anak-anak peneroka Paloh 1, guru dan kakitangan KESEDAR. Pada tahun ini, tabika telah menerima 23 orang murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun.
Sumber : Cik Nurul Izzati bt Mohamad (Guru Kemas)