Pn Ainon merupakan isteri anak peneroka atau generasi ke 2 Kesedar paloh 1.Beliau tinggal dan mengusahakan produk di alamat 161 RKT Kesedar Paloh 1,18300 Gua Musang,Kelantan.
Beliau mengusahakan Kak Nun Homemade Recipe
Beliau mengusahakan produk makanan ini selama 5 atau 6 tahun dalam membuat kuih atau biskut raya,karipap ,kek , puding dan banyak lagi.
Menurut Puan Ainon ,beliau pada mulanya belajar membuat kuih dan biskut raya ini hanya melalui buku resepi dan apabila beliau datang ke Pi1m Kesedar Paloh 01 ini beliau mencari pelbagai resepi untuk dipelajari bagi membuat kuih mengikut keperluan pelanggan,mencetak label resepi,mecetak gambar -gambar dan resepi yang diperolehi di internet.
Modal permulaan hanya RM 100 ke RM 200 untuk membuat kuih dan biskut raya.Tempahan biskut raya lebih kurang 1000 keping pada mulanya melalui kawan yang terdekat.Dengan berkat kegigihan Pn Ainon ini sekarang mencecah 20,000 keping.
Jualan karipap segera juga mendapat sambutan dikalangan rakan – rakan yang terdekat.Puan Ainon menggunakan cara promosi dengan hebahan mulut ke mulut,facebook,whatsapp,wechat dan sebagainya.
Untuk keterangan lanjut /tempahan
Boleh hubungi :-
Pn Ainon Bt Arifin (Kak Nun)
Alamat :161 RKT Kesedar Paloh 01,18300 Gua Musang ,Kelantan
Facebook : https://www.facebook.com/ainon.arifin.7?fref=ts
No Telefon : 014 – 806 8073
Whatsapp : 017- 967 8582