mcmc
Sejarah

SEJARAH KESEDAR PALOH 1

RKT KESEDAR Paloh 1 dibangunkan pada tahun 1980 oleh  KESEDAR mengikut Akta 203/78, Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan dengan keluasan ukuran keliling rancangan 2424.89 hektar. Kemudian dipecahkan mengikut sektor luas kawasan pertanian, kawasan kampung, kawasan laluan eletrik dan kawasan tidak dimajukan.

Kedudukan kawasan dibangunkan mengikut peringkat dan tahun seperti berikut:

–       Peringkat 1 (1980/81)

–       Peringkat 2A (1981/82)

–       Peringkat 2B (1981/82)

–       Peringkat 3A (1987/88)

–       Peringkat 3B (1988/89)

–       Peringkat 4 (1990/91)

Pada tahun 1997, kawasan tidak berpeneroka diserahkan kepada KPSB, manakala yang berpeneroka ditadbir di bawah pentadbiran Pejabat Operasi Paloh 1. Tanah rancangan ini  mempunyai peneroka seramai 270 orang, dengan keseluruhan penduduk seramai 2500 orang. Rata-rata penduduk di sini mempunyai ladang kelapa sawit sebanyak 10 ekar. Kini penanaman semula kelapa sawit telah dilakukan. Kebanyakan peneroka menyertai program penanaman semula untuk membolehkan mereka mengeluarkan hasil yang lebih baik.

Bermula tahun 2013, Kesedar Paloh 1 telah menerima peruntukan dari pihak Kementerian untuk menaiktaraf kampung kepada Desa Lestari. Dalam usaha ini beberapa kemudahan akan dibangunkan termasuk stesen minyak, hentian rehat dan rawat dan homestay. Sebagai langkah awal, penduduk kampung telah mula bergotong-royong bagi mencantikkan lagi kawasan kampung.

Sumber : Pejabat Operasi Kesedar Paloh 1