SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN PALOH
Pada 10 tahun kebelakangan adalah rimba belantara yang menjadi tempat habitat tumbuhan alam semulajadi dan haiwan Khatulistiwa. Manusia yang ada ialah peribumi asli yang hidup secara tradisional.
Atas desakan oleh penduduk Negeri Kelantan yang tidak bertanah dan tidak mempunyai pekerjaan, dihubung oleh gerak nadi tanggungjawab pemimpin kerajaan, belantara Paloh yang diterokai dan telah diberi nama Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Paloh.
Sejarah lampau menjadi kenangan peneroka rancangan. Sekali lagi haiwan yang dahulunya menjadi penghuni tetap belantara Paloh membuat onar di dalam kawasan peneroka Paloh. Tidak sedikit peneroka awal Paloh goyah dan berpatah pulang ke kampong masing-masing kerana tidak sanggup menjalani kehidupan sebagai peneroka. Tinggal kini ilah peneroka yang begitu kental dengn semangat juang dan berwawsan.
Di Tanah Rancangan Paloh tidak ada adik atau abang yang boleh dijadikan lambing perjuangan. Hanya KESEDAR tempat mereka bergantung dan mengadu nasib. Langkah KESEDAR yang bijak patut dipuji. Pemimpin kerajaan yang berwibawa, kehendak rakyat yang baik perlu disediakan. Pada tahun 1989 tanah Paloh telah diratakan dan pagar telah dimeterai. Sekolah Menengah Paloh didirikan dan nama itu telah diberi sepena nama Kampung Paloh.
Tanggal 2 Disember 1990, maka secara rasmi sekolah ini dibuka dengan bilangan pelajar seramai 220 orang. Pengetua pertama ialah Encik Khu Huck Sun dan dibantu oleh 13 orang guru serta 6 orang kakitngan. Kelas yang dibuka hanyalah Tingkatan 1 dan 2 sahaja.
Bilangan guru dan pelajar semakin bertambah dari tahun ke tahun. Majoriti pelajar Sekolah Mennegah Kebangsaan Paloh adalah terdiri daripada anak-anak peneroka setempat iaitu Paloh 1,2,3,Chalil dan Lebir. Asrama juga disediakan untuk pelajar jauh seperti Chalil dan Lebir.
Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh
Rkt Paloh 118300, Gua Musang Kelantan
Telefon = 6099285179
Fax = 6099287141