mcmc
Pendidikan

Sekolah Rendah Kebangsaan Paloh 1 & 2

ren

 

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Paloh terletak di antara perjalanan dari bandar Kuala Krai ke bandar Gua Musang. Iaitu kira-kira 70 km dari bandar Kuala Krai dan 50 km dari bandar Gua Musang.

Sekolah Kebangsaan paloh 1&2 telah dibuka seawal tahun 1980-an. Pembukaannya disebabkan timbulnya kesedaran daripada beberapa orang peneroka setempat terhadap kepentingan pendidikan. Ketika itu tiada jalan perhubungan dan pelbagai kemudahan asas kerana kawasan ini merupakan kawasan yang baru diterokai.

            Pihak KESEDAR telah mengambil tindakan segera untuk membina bangunan sementara secara gotong –royong bagi memenuhi tuntutan peneroka demi kebaikan dan pendidikan anak-anak mereka.Bangunan yang dibina tidaklah begitu sempurna dengan hanya berdindingkan papan,berlantaikan tanah dan beratap zink.

            Semasa pembukaannya, bilangan kelas hanyalah sebanyak enam kelas, iaitu satu kelas setiap aliran.Manakala bilangan pelajar seramai 75 orang sahaja. Ketika itu proses P&P berjalan secara kelas bercantum kerana ketiadaan tenaga pengajar. Pihak KESEDAR telah mengarahkan kakitangannya untuk bertindak sebagai tenaga pengajar untuk sementara waktu di sekolah ini. Desakan oleh pihak ibu bapa dan KESEDAR akhirnya sekolah ini mendapat peruntukan guru terlatih untuk berkhidmat di sini.

            Permohonan demi permohonan telah dibuat kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meluluskan pembinaan bangunan baru sekolah ini. Akhirnya pada tahun 1982/1983 kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi membina dua blok bangunan baru bagi menampung lebih ramai pelajar.

            Sekolah Kebangsaan Paloh 1&2 telah dibuka dengan rasminya pada 23 Ogos 1984  oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia pada masa itu.

            Kini Sekolah Kebangsaan Paloh 1&2 mempunyai dua blok bangunan dua tingkat, tiga blok bangunan setingkat dan sebuah makmal komputer. Sejak kebelakangan ini, prestasi akademiknya sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Bilangan pelajarnya kini lebih kurang 500 orang.

 

 

http://skpaloh12.blogspot.sg/p/maklumat-sekolah.html